Rakyat yang sihat merupakan aset kepada Negara. Negara kita memerlukan rakyat yang sihat, cergas dan produktif bagi mencapai matlamat wawasan 2020. Oleh itu, saya amat memandang berat ke atas setiap program kesihatan yang melibatkan masyarakat seperti Easy Pha-max Healthylympics 2008 yang dianjurkan ini. Program seperti ini akan membuka peluang kepada masyarakat untuk menilai tahap kesihatan diri di samping menimba pengetahuan dan kemahiran kesihatan untuk dijadikan amalan.